terima kasih kerana sudi menjengah blog saya yang tidak seberapa di sini . Harap anda semua 'enjoy' dan setelah membaca karya saya , jangan lupa ringankan dan hulurkan tangan untuk memberi 'feedback' di kotak komen . Komen anda amat dihargai sebagai pembakar semangat untuk saya terus berkarya . Sekian terima kasih .

Tuesday 11 September 2012

Hai Encik Suami 2

Assalamualaikum semuaaa . Hai Encik Suami 2 dah ada dekat p2u . So , kalau ada masa free .jemputlah datang membaca dan tinggalkan feedback anda disitu :) Gracias .

http://www.penulisan2u.my/2012/09/novel-hai-encik-suami-2/

Tuesday 14 August 2012

takdir cinta ( teaser )


Takdir Cinta

---

"Wawa !" Kedengaran suara serak basah Nureen yang memanggil aku . 180 darjah aku menoleh .

"Apa ?"

Nureen yang kelihatan termengah-mengah itu mengurut dada nya yang semput mengejar aku .

"Hish , kau ni . jalan laju bukan main . Aku panggil dari hujung koridor sana sampai sini kau tahu . Penat ." Dia tayang muka sememeh .

Aku cebik . Eleh ! Nak mintak simpati lah tu .

"Alalala . Sian kau ek ? sorry lah . Aku nak pergi kantin nie . Dah lewat dah . Kejap lagi waktu rehat dah nak habis . Nanti aku tak sempat makan lah Nureen . Eh , kenapa kau panggil aku ?" Aku menyeluk kocek uniform sekolah .

"Kau tak makan lagi eh ? Iskk . Suka lewatkan waktu makan kau ni . Haiyaaa . Tak elok untuk kesihatan tahu tak . Hm , aku just nak tanya . jadi tak study group kita untuk esok ? Kau kata nak cover fizik ?"

Aku berfikir sejenak . Ek ? study group ?

"Hm , tengok lah dulu . malam ni aku text kau kalau jadi . Kay ?" Aku mula menapak ke hadapan .

Nureen angguk .

"Okay ! Dah , pergi makan . Aku tunggu kau dekat kelas ."

Terus aku berlari ke kantin .


*****

"Khairil !" Aku menjerit memanggil si Khairil . iskk , ketua kelas tak berwibawa lansung . Boleh dia tidur time cikgu ada mesyuarat .

Setelah dipanggil beberapa kali , Khairil masih tidak memberi sebarang reaksi . Aku terus pergi menuju ke arah si Khairil . Heee , nak buat plan jahat . macam biasa lah .

"Pengetua datanggggg !!!" Aku menjerit di cuping telinga nya . Semua pelajar 4 Alfa menoleh , masing-masing kembali ke tempat masing-masing . Nureen yang sedang menyulam ketupat di belakang a.k.a mengumpat laju duduk di tempat dia balik .

"Hah ! Mana ?! Mana ?! Bangun semua ! Selamat tengahari pengetua." Khairil yang baru memberi respond bangun .

Hahaha . Sakan aku dan kawan - kawan lain gelak . Khairil cuma mencebik .

"Wawa !!!" terus aku pergi lari keluar kelas .

****

Hai 'Encik Suami' Di Penulisan2u

Assalamualaikum :D Hai 'Encik Suami' telah di publishkan oleh Inche Penulisan2u , so . Jomm pergi serbu ramai-ramai :D

http://www.penulisan2u.my/2012/08/novel-hai-encik-suami-1/

Semoga terhibur !

p/s : Ringankan tangan dan hulurkan tangan untuk memberi komen di kotak komen yang disediakan ye semua :D